KAJANG HIGH SCHOOL

Perjumpaan KHS 83 di SURAYA CAFE, BALAKONG 8 FEB 2014.

 Seramai 58 warga KHS 83 telah hadir pada malam itu. Beberapaacara telah diatur oleh AJK KHS 83 yang mempunyai seramai 15 orang ahli.

 

 

Acara karaoke.

Antara peserta.

 

Sarapan Bersama di Kopitiam Bangi Seksyen 7 pada 17 Oct 2012.

Takziah buat keluarga Zainuri Kuru

Utk makluman semua... Saudara Zainuri telah kembali kerahmatullah pada jam 8.40 mlm Jumaat 26 Ogos 2011... semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya... Alfatihah.....

AL FATIHAH BUAT MEREKA YANG PERGI.

Dalam menjejaki semua bekas pelajar KHS, beberapa berita  duka telah di terima dari seorang sahabat kita, Abangcik Man Kajang.

Sahabat kita  Rosman Hassan, Hafiz Mughiz dan Azmi Razali telah pun kembali kerahmatullah.

 gambar di muat turun dari  album facebook Abangcik Man Kajang.


 

SEKOLAH MENENGAH TINGGI KAJANG.

  

Kajang High School kini di kenali sebagai SMK Tinggi Kajang. Sekolah ini juga adalah sekolah yang tertua di daerah Kajang. Pada 1 April 1930, bagunan yang terawal yang dikenali sebagai bagunan utama telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Alaiddin Suleiman Shah K.C.M.G Sultan Selangor. Pengasas pertama yang mengasaskan Kajang High School ialah N.S.Buck, Haji Jalil bin Mohd Nor, R.C.M Kindersley, Raja Muhammad bin Raja Alang dan Towkay Low Ti Kok,pada tahun 1916.Luas kawasan sekolah adalah 11.3 hektar . Pada  Perang  Dunia ke-2,  di zaman kemaraan Jepun  Sekolah ini telah di ambil alih oleh pihak tentera Australia. Sekolah ini sangat bernasib baik kerana  tiada kerosakan yang berlaku. Selepas  negara kita Merdeka,1tahun kemuadian pada 1958, Sekolah ini telah membuat banyak perubahan. Bengkel untuk pelajaran vokasional dan bilik-bilik tambahan telah dibina, dewan juga telah diubah suai untuk djadikan Perpustakaan yang telah dinamakan Perpustakaan Low Ti Kok,sempena nama dermawan yang terkenal di daerah Kajang.

 Menjelangnya tahun 1975, asrama lama,kecil dan sangat padat   berdekatan dengan sekolah ini kemudiannya  mengantikan bangunan baru . Namun setelah beberapa tahun , asrama itu mengalami kebakaran dan pada bulan April tahun 1998, asrama itupun di baik pulih.

 

 

 "LABOR OMNIA VINCIT"  di dalam bahasa latin membawa maksud "Hard work conquers all" dan motto ini telah ditukarkan kepada    "BERILMU, BERDISPLIN, BERJAYA". Maksud lambang-lambang pada lencana sekolah, ,MERAH (Warna sekolah) - Melambangkan kesetiaan dan ketabahan. PUTIH - Melambangkan ciri kesucian hati dan ketulusan budi. KERETA LEMBU - Melambangkan ketekunan dan kerajinan seorang murid yang akan membawanya menaiki "tangga" menuju kejayaan !BUKU TERBUKA -  Melambangkan pengetahuan luas yang akan diperolehi oleh murid-murid yang berjaya.